meRINDU kasih ILAHI

meRINDU kasih ILAHI

Saturday, 26 February 2011

bErCEriTa TentAnG JoD0h......

Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha.
Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha.
Jadi, berusahalah dengan baik, Allah pasti tidak akan mengecewakan kita. Wajib menerima takdir tidak menolak kewajiban untuk mentadbir.
“Dulu saya tidak pernah melihat wajah bakal isteri saya,” kata seorang abang yang sangat saya hormati.
“Pelik tu bang. Bagaimana jodoh abang diaturkan?”
“Ikut pilihan guru agama yang mengajar saya,” jawabnya pendek.
“Mengapa tidak mahu melihat wajahnya? Kan itu dibenarkan oleh syariat? Barangkali sebab waktu itu tidak ada ruangan sosial seperti Facebook dan Twitter?” gurau saya.
“Memang belum ada. Tetapi ada cara lain. Gambar dan cara-cara yang lain ada, tetapi sebenarnya ada sebab lain…”

Dalam diam, saya rasa hairan. Wajahnya saya tenung. Dia orang yang sangat saya hormati. Sahsiah dan kepimpinannya sangat menawan hati. Tentu ada sebab yang solid untuk dia bersikap demikian.
“Sebelum aktif sebagai aktivis Islam seperti sekarang, saya pernah menjalin hubungan cinta. Dia teman lama sejak di sekolah rendah lagi,” jelasnya dengan tenang.
“Habis mengapa putus?”
“Kami putus kerana dia ada jalan tersendiri. Saya ajak bersama saya dalam perjuangan Islam ini tetapi dia selesa dengan gayanya. Lepas, bebas. Jadi kami berpisah setelah 10 tahun bercinta.”
Wah, ini kisah cinta yang  dramatik! Saya tidak sangka sama sekali dia yang selama ini kelihatan begitu iltizam, tegas dan berwibawa pernah melalui tragedi cinta.

Friday, 25 February 2011

:: BiLa CIntA TerSUlam DgAN NaFSu ::

Di suatu malam depan panggung wayang…

Sizuka : Best tengok wayang dgn awk td..kelakar je cerita tu..xbosan kan?
Nobita : A’ ah xbosan. Best!
Sizuka : Kalau best, knp awk letakkan kepala awk kat bahu sy & beritahu sy y awk mengantuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Sizuka : Nasib baik kita pakai sweater kn awk? Kalau x, mesti sejuk dalam tu td.
Nobita : A’ah..btul3! Xdela sejuk sgt td bila dah pakai sweater ni.
Sizuka : Klu xsejuk, kenapa awk pegang tangan sy & beritahu y awk sejuk?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun menuju ke i-City..

Sizuka : Awk, sy cantik x?
Nobita : Awk kn syg sy..mestilah cantik..
Sizuka : Kalau sy ni betul cantik bagi awk, kenapa bila sy pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji sy cantik. Kalau sy pakai baju longgar, awk diam je..kadang-kadang awk akan tanya saya kenapa pakai baju besar..kalau sy pakai baju ketat, baru awk puji sy cantik..knp ye?
Nobita : Errr~ hehe..

Mereka pun tiba di i-City..

Sizuka : Jom snap pic wak..sy nak tangkap gambar awk bawah lampu tu.
Nobita : Kita tangkap gambar berdua la syg. Meh sini, duduk sebelah sy. Rapat sikit, nanti xmasuk plak gambar awk.
Sizuka : Boleh ke rapat-rapat ni?huu
Nobita : Takpe de..awk kn awek sy..
Sizuka : Awek je..bukan isteri yg sah..
Nobita : Errr~ huhu..

Sizuka : Nanti sy simpan gambar kita ni dalam laptop sy ye wak.
Nobita : Alaa..upload la terus dalam fb.
Sizuka : Eh..boleh ke..xelok la wak..gambar tu dah la awk & sy je..yang ke-3 syaitan..pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa y kita buat..xmalu ke?huu
Nobita : Errr~ huhu..

Mereka pun pulang..

Tuesday, 22 February 2011

SIKAP PRIHATIN CARA RASULULLAH

BUAT sekian kalinya kita menyambut Hari Maulidur Rasul yang diraikan pada 12 Rabiulawal. Kita menyambutnya untuk mengingati seorang pemimpin agung, seorang mahaguru hebat, malah seorang insan yang sewajarnya mendapat tempat di hati kita sebagai idola di sepanjang hayat.

Dalam pada kita mengingati kelahiran baginda, tulisan ulama-ulama muktabar mencatatkan bahawa Rasulullah s.a.w juga wafat pada bulan Rabiulawal. Malah, Buku The Sealed Nectar, (Ar Raheequl Makhtum) tulisan Saifur Rahman al-Mubarakpuri menulis, baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal juga. Ramai di antara kita yang tidak menyedari fakta ini." Baca seterusnya di menulis, baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 12 Rabiulawal juga. Ramai di antara kita yang tidak menyedari fakta ini.

Sunday, 13 February 2011

BERWASATIYYAH DALAM MENUNTUT ILMU

PADA zaman dahulu, menurut ceritanya, si polan yang ingin menuntut ilmu, terpaksa merantau berpurnama lamanya untuk mencari seorang guru. Guru yang ditemui pula belum tentu akan menerima si polan dengan mudah. Setelah disuruh mengangkat air, membelah kayu dan dilempang hingga tergolek; jika si polan tahan dengan deraan itu, baharulah dia diterima menjadi murid.

Pada tahun-tahun selepas kemerdekaan, menuntut ilmu asas menjadi mudah dengan wujudnya sekolah. Namun, untuk memperoleh ilmu ke peringkat tertinggi hingga ke menara gading bukannya senang. Bukan sedikit mereka yang mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (kini PMR) lebih daripada sekali, Sijil Pelajaran Malaysia hingga tiga kali, atau Sijil Tinggi Pelajaran (kini STPM) sampai lima kali hanya untuk menjejakkan kaki ke tangga universiti.

Tetapi, pada hari ini, ilmu pula yang mencari kita. Bukalah akhbar dan kita akan menemui pelbagai ilmu yang ditawarkan. Kita boleh memilih mana yang sesuai dan diminati. Layarilah internet, dan kita boleh menemui beribu-ribu laman institusi pelajaran. Malah, tawaran untuk mempelajari ilmu sampai kepada kita dalam bentuk e-mel ataupun surat. Seolah-olah pada hari ini, guru yang mencari kita, bukan sebaliknya.

Wednesday, 9 February 2011

CITA-CITA KITA YANG TAK PERNAH MENJADI!


BERTANYALAH pada mereka yang berusia lebih 20 tahun: apakah bidang yang mereka terokai itu, adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya 5 daripada 10 orang daripada mereka yang ditanya itu akan mengiyakan dengan yakin dan bangga. Mereka ini akan berkata, ‘ya’ inilah bidang yang mereka ingin ceburi.

BERTANYALAH pula pada mereka yang berusia lebih 30 tahun: apakah bidang yang mereka ceburi itu adalah apa yang mereka impikan? Saya percaya, daripada 10 orang yang ditanya, tidak seorang pun daripada mereka sedang menikmati bidang yang mereka cita-citakan.

Tanyalah mereka yang lebih 30 tahun di sekeliling anda; jiran, kenalan, sahabat, rakan sepejabat, malah sesiapa sahaja. Anda akan dapati bidang yang mereka terokai itu sama sekali bukan bidang yang dicita-citakan.

Malah, tanyalah diri kita sendiri. Apakah bidang yang menjadi kerjaya kita kini adalah sebenar-benarnya bidang yang kita impi-impikan? Jawapan yang jujur tentulah ‘tidak!’

OKEYLAH, mana mungkin tiada sesiapa pun yang tidak mencapai dan menikmati apa yang dicita-citakan? Kenyataan di atas mungkin sekali andaian. Namun, jika kita temui orang yang benar-benar mempunyai cita-cita sejak kecil untuk menjadi arkitek dan dapat melanjutkan pelajaran dari peringkat diploma, degree, master dan peringkat kedoktoran di dalam bidang itu, dan kini adalah seorang arkitek ~ tanyalah kepada mereka apa yang mereka mahu? Jawapan mereka ialah mereka mahu meninggalkan bidang itu dan menceburi bidang lain!

Tuesday, 8 February 2011

MENGAPA KITA TERBELI KETAKUTAN?


BARU-BARU ini, kawan saya menghantar keretanya ke bengkel kerana ketika memandu, dia terdengar bunyi berdegup-degap dari arah belakang kenderaannya. Setelah menceritakan masalah kepada mekanik bengkel, keretanya terus dipandu uji untuk mempastikan dari manakah datangnya bunyi itu.

Sebaik sahaja turun daripada kereta, si mekanik menyatakan yang kereta itu mempunyai masalah yang berat dan berbahaya. Mungkin kenderaan itu mempunyai masalah penjajaran tayar yang tidak sempurna. Keretanya boleh masuk parit kerana pemanduan tidak stabil. Keempat-empat tayar keretanya diperiksa dan penjajaran dilakukan. Tetapi, sebaik sahaja kawan saya memandu keretanya, bunyi itu masih ada.

Kali ini, mekanik itu mengatakan ia adalah masalah getah penyambung di salah satu tayar kereta. Tayar keretanya boleh tercabut andainya memandu di jalan yang berlubang-lubang. Malangnya, keadaan tidak berubah setelah getah itu diganti. Getah penyerap di kedua-dua bahagian belakang pula ditukar kerana mungkin absorber yang bermasalah. Namun, bunyi itu masih ada lagi. Akhirnya setelah RM500 melayang, kawan saya bercadang untuk membawa keretanya ke bengkel yang lain untuk mendapatkan second opinion.

Hendak dijadikan cerita, kawan saya berasa dahaga lalu mencari botol air mineral di dalam keretanya. Puas mencari tidak ditemuinya. Akhirnya apabila dia menggagau ke bawah kerusi pemandu, dia terjumpa botol air mineralnya. Di sebelah botol itu pula terdapat sebuah tin biskut. Tangannya segera mengetuk tin itu dengan botol air mineralnya. Kedengaran bunyi berdegup-degap. Rupa-rupanya dari situlah datangnya bunyi yang berharga RM500 itu.

Punca dia berbelanja RM500 adalah kerana dia terbeli ketakutan. Penjualnya adalah mekanik bengkel itu. Kawan saya hanya ingin memandu dengan selesa. Apabila dia meminta perkhidmatan membaiki keretanya, mekanik itu telah menjual ketakutan sehinggakan dia membaiki keretanya kerana takut keretanya masuk parit atau tayarnya tercabut. Inilah trend sebilangan peniaga. Mereka bukan menjual perkhidmatan, sebaliknya ketakutan.

Untuk menguruskan tubuh yang semakin membesar, mulalah kita mencari jalan untuk menguruskan badan. Bagaimana pun, apabila kita cuba menguruskan tubuh dengan mendapatkan pil pelangsing, si penjual mengasak kita dengan pelbagai pantang larang seperti makan sebelum jam 8.00 malam, jangan makan makanan yang berminyak, jangan minum ais, banyakkan meminum air masak dan bersenam.

Andainya kita tidak ikuti pantang larang apabila memakan pil pelangsing itu, tubuh kita tidak akan berubah kurus, malah akan semakin membesar dan menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. Alahai. Bukankah dengan mengamalkan semua di atas dan tanpa memakan sebiji pun pil pelangsing itu tubuh kita akan sihat dan kurus juga?

Untuk pandai bahasa Inggeris, kita mencari jalan untuk mempelajarinya. Selain daripada mengikuti kelas-kelas formal, kita boleh juga belajar melalui buku dan peralatan audio. Malang sekali terdapat jurujual yang bukan menggambarkan kebagusan produknya dan kebaikan mempelajari bahasa itu. Sebaliknya mereka menguji kita dengan istilah-istilah yang sukar hingga membuat kita terasa yang kita belajar bahasa Inggeris bukannya kerana ingin berkomunikasi dengan lebih baik, sebaliknya kerana takut dipandang jahil.