meRINDU kasih ILAHI

meRINDU kasih ILAHI

Friday, 4 November 2011

RINGKAS EIDUL ADHA








Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Sunday, 21 August 2011

:: TidoR owh TiDUr ::



  • kajian menunujukkan bahawa masalah sukar menumpukan perhatian && kelembapan otak ada kaitannya dengan faktor tidur
  • tidur amat penting bagi melancarkan proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Melalui proses ini seseorang mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk membaiki sel-sel yang rosak 
  • tidur yang cukup mampu meningkatkan keupayaan untuk belajar && membantu daam memelihara daya ingatan seseorang
  • proses penyimpanan maklumat di dalam otak juga berlaku semasa tidur
  • kurang tidur menyebabkan tumpuan seseorang dalam membuat keputusan & perancangan terjejas


 
  • menurut kajian : kebanyakan kemalangan yang berlaku di tempat kerja mahupun jalan raya ada kaitannya dengan tumpuan yang terganggu akibat faktor kurang tidur 
  • tidur memantapkan sistem ketahanan dalam badan seseorang, kerana seseorang yang kurang tidur drpd biasa akan mengalami tekanan && melemahkan ketahanan badan hingga menyebabkab mudah dijangkiti penyakit -.-
  • menurut pakar : badan kita mempunyai pusingan biologi yang tetap .Pusingan biologi ini aktif pada waktu siang & kurang aktif pada malam hari ,   Oleh itu bagi memulihkan biologi dlm badan , kita perlukan tidur yang cukup -.-
  • tidur yang tidak mencukupi akan menjejaskan pusingan biologi seseorang
  • amalan tidur di siang hari dapat menyegarkan tubuh, sekali gus dapat meningkatkan produktiviti
  • kajian juga menunjukkan bahawa tidur secara rutin selam 30 min pada waktu tengah hari dapat mengurangkan sakit jantung
  • namun seseorang tidak digalakka tidur selepas matahari terbit dan pada waktu lewat petang, kerana menurut pakar  tidur pada waktu2 tersebut boleh menjejaskan kesihatan 
  • tidur yang cukup pada waktu yang sesuai merupakan komponen penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik

Saturday, 6 August 2011

IKHTIBAR RAMaDHAN

Saudara-saudari yang dirahmati Allah, 
Allah swt berfirman, maksudnya: 
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kami berpuasa sebagaimana  
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa . 
(Surah al-Baqarah: 183)