meRINDU kasih ILAHI

meRINDU kasih ILAHI

Thursday, 2 June 2011

:: betul ke ni PEKAN PAHANG pada masa akan datang? ::

wah...terkejut AKU!!! oh shit
PEKAN: Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedia menimbang menjadikan projek berimpak tinggi Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim di Tanjung Agas, di sini berstatus Zon Perdagangan Bebas selepas mencapai tahap penuh operasinya pada 2016. 

Perdana Menteri berkata, projek bernilai RM2 bilion itu bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak serta keperluan semasa negara dalam meningkatkan usaha cari gali dan pengeluaran minyak mentah dan gas asli. 

Katanya, berdasarkan skala pembangunan projek yang membabitkan kawasan seluas 1,658 hektar, ia mampu memenuhi permintaan dan keperluan aktiviti cari gali dan pengeluaran minyak mentah serta gas asli sama ada di Malaysia mahu pun rantau Asean. 

"Projek Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim ini berjaya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelabur asing dan tempatan untuk menempatkan operasi mereka seperti limbungan kapal, limbungan fabrikasi, pangkalan bekalan dan kemudahan perkhidmatan dan terminal penyimpanan minyak. 

"Ini adalah pencapaian yang sungguh memberangsangkan dan ia sudah tentu akan memberi harapan cerah kepada penduduk di daerah ini terutama kampung sekitarnya berkaitan peluang pekerjaan dan perniagaan. Insya-Allah projek ini akan memberi perubahan dari segi ekonomi yang boleh dinikmati semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis pecah tanah Taman Industri Minyak, Gas dan Maritim yang disempurnakan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Tanjung Agas, di sini semalam. 

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman. Hadir sama, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. 

Akhbar sebelum ini melaporkan pembinaan Taman Industri Maritim, Minyak dan Gas Tanjung Agas di Pekan, Pahang itu berjaya menarik pelaburan RM6 bilion, dengan RM3 bilion daripadanya adalah pelaburan langsung asing (FDI). 

Pelaburan itu diperoleh susulan pemeteraian perjanjian pajakan antara pemaju induk taman itu, Tanjung Agas Supply Base & Maritime Services Sdn Bhd (TASBMS) dengan tujuh syarikat multinasional yang terbabit dalam pelbagai perkhidmatan minyak dan gas. 

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, pembinaan taman industri itu juga akan mewujudkan 30,000 peluang pekerjaan baru dalam tempoh 10 tahun, dengan 5,000 daripadanya akan diwujudkan dalam fasa pertama, sekali gus menjadikan daerah itu hab perkhidmatan minyak serta gas terkenal di rantau ini termasuk Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. 

Beliau berkata, kerajaan mengalu-alukan projek sedemikian kerana ia dapat meningkatkan sumbangan sektor perkhidmatan kepada pembangunan ekonomi negara. 

"Sektor perkhidmatan adalah satu daripada punca penjanaan sumber ekonomi negara dan ketika ini ia menyumbang kepada 54 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan menerusi aktiviti sebegini maka ia boleh ditingkatkan kepada 70 peratus," katanya. 

Beliau berkata, kerajaan sebelum ini sudah meluluskan peruntukan sebanyak RM150 juta untuk menjayakan projek berkenaan di bawah Pelan Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECER) dan sedia menambah peruntukan berkenaan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment