meRINDU kasih ILAHI

meRINDU kasih ILAHI

Wednesday, 16 March 2011

hanya BERHARGA bila TIADA.....

   

   Terkadang bila aku toleh ke belakang semula, melihat apa yang pernah aku lakukan dan apa yang telah aku habiskan, rasa semua itu amat beharga sekarang. Bila masa aku lalui dulu dan aku menghabiskan ia, kenapa ia tidak bernilai pada aku? Atau ia memang sudah menjadi resam dan adat buat diri manusia. semua akan bernilai apabila ia sudah tiada atau pergi.

   Memang sudah jadi daging hati manusia mungkin, yang wujud dihadapan  dirinya ini hanya sebagai barang yang tidak berguna. Nasihat si ayah, pedoman si ibu, tunjur ajar guru, tauladan si sahabat, semua nya tidak ada apa-apa erti sehingga mereka sudah tiada nanti. Adakah kita fikir mereka ini akan kekal selamanya dengan kita atau mereka ini sering dan semestinya akan selalunya dengan kita, atau mereka ini hanya si pengacau hidup kita. Atau kita lupa mereka ini adalah pinjaman dari Yang Esa? untuk membantu kehidupan kita.

   Lihat sahaja dunia pada hari ini, kenapa wujud sedih bila kita temui kematian pada yang insan yang hampir pada kita, kenapa kita rasai kehadiran mereka bila mereka tiada? Mungkin juga kita bila sudah melangkah ke alam universiti kita akan sering mencari suara seperti guru tika dibangku sekolah. Kenapa semua ini berlaku bila kita sudah tidak dekat dengan mereka? Kenapa kita tidak pernah hargai dan sayangi mereka bila mereka ada dihadapan kita? bahkan kita mungkin berlagak sombong dan gah dihadapan mereka.

   Mengapa si Abang yang sering berkata dan meminta pada adiknya sering dicemuh dan dimaki, tapi bila tiada mengapa dicari semula? Memang hati manusia rosak dengan ego dan tiada sifat berterima kasih serta syukur. Biarkan hati itu begitu, kita lihat akan ramai lagi menangis bila masa berlalu, bila yang ada pergi meninggalnya bila yang dekat jauh darinya. Usah mencari yang serupa, kerana pasti tiada ganti. Hanya dia dan dirinya sahaja seperti yang kita mahu.

    Hargailah mereka yang ada sekeliling kita, mungkin mereka sudah tidak lama lagi dengan kita. Terimalah mereka seadanya, kerana mereka jua seperti kita, dicipta oleh Maha Pencipta.

No comments:

Post a Comment