meRINDU kasih ILAHI

meRINDU kasih ILAHI

Wednesday, 23 March 2011

RUMAH di sana HARGAnya lain....

   Ramai manusia di dunia pada masa kini mampu untuk membeli rumah serta kediaman yang besar serta cantik. Melihatsenario ini, wujud persaingan serta ingintunjuk hebat siapa yang lebih mampu untukbina serta beli rumah paling mahal. Makaakan wujud sikap dan tabiat manusia yang bongkak serta sombong dengan rumahmasing-masing.

   Betapa gah dan bangga bila ada rumah yang besar dan cantik. Pasti timbul dalam hati ingin menjemput KAK NITA atau apa jua rancangan TV berkaitan rumah serta hiasan rumah untuk membuat pengambaran dirumah mereka. Wah, pasti rasa hebat bila kediaman yang mewah ini masuk TV, pasti seluruh dunia melihat.

    Membina atau membeli rumah yang cantik ini, sudah pasti mengundang usaha yang begitu jitu. Perlu untuk mengumpul harta dan wang untuk mengumpul wang yang banyak. Terkadang manusia alpa bila membina kemewahan diri mereka. Mereka alpa pada sang pemberi harta yang sering ingat pada kita. Kita tinggal segala suruhan dan perintahnya, dan kita ikut segala ajaran syaitan.Kita abai ajaran nabi dek terpersona dengan mewah duniawi itu. Semua ini indah yang palsu bagi kita, kerana tiada hayatan agama sebenar.

    Membina kemewahan rumah yang cantik hingga lupa bahawa rumah di ALAM SANA berbeza harganya. Rumah itu tiada harga dalam bentuk wang, tapi amalan kita. Mengapa kita lupa untuk siapkan rumah kita di sana? Adakah kita terleka dengan mewah rumah disini?

    Semuanya dari diri kita, usah dipandang cantik dunia ini, kerana isi dalamnya belum tentu akan menyebabkan kita bahagia. Harus kita tahu, untuk membeli rumah yang cantik dan mewah di alam sana, ia tidak menggunakan wang dan harta. Tapi harganya adalah amalan soleh dari kita. kerana rumah disana harganya lain dan bukan dalam bentuk wang. Tika mempersiapkan diri dengan kemewahan dunia, kemewahan akhirat jangan diabaikan. Biar ia seiring, pasti kita mampu membina dan membeli rumah yang cantik di di dunia dan alam sana untuk tempat istirehat kita.


nukilan dhuan
4.15  petang, 23 Mac 2011
USM 308 UniSZA

No comments:

Post a Comment