meRINDU kasih ILAHI

meRINDU kasih ILAHI

Tuesday, 5 October 2010

MAHASISWA BACUL..

salam perpaduan........
           mahasiswa bukan lah satu gelaran yang diberikan untuk semua penuntut IPTA untuk  berlagak dan menabik dada untuk tunjuk kehebatan mereka. sedar atau tidak ia adalah satu gelaran yaang diberikan supaya penuntut ini berperanan dalam bermasyarakat. kalau diperhatikan  frasa MAHASISWA dengan teliti, kita mungkin akan tersedar suku kata MAHA, yang mengambarkan hebat, besar, tinggi. ini mengambarkan seolah olah siswa ini mempunyai satu kelbihan yang tertinggi. mungkin juga ia akan mengambarkan betapa ilmu yang kita mungkin dapat dr pengajian itu mungkin hebat mengalahkan orang lain.

            tapi, persoalan yang perlu diutarakan di sini ialah, benarkah siwa itu berperanan seperti gelaran yang diberikan itu. mampukah segala ilmu itu ditonjolkan dan digunakan ketika berhujah. mampukah ilmu yang digalas oleh siswa ini dikongsi bersama sama dengan masyarakat lain. adakah ilmu sisswa ini sekadar cukup untuk sijil sahaja? ini persoalan untuk siswa yang ingin dipanggil MAHASISWA.............

            layakkah mereka ini untuk digelar MAHA itu? sedar atau tidak sedar...peranan yang perlu dimainkan oleh sisswa amat penting. Pembangunan negara, perlu digalas oleh siswa yang berani, namun berapa ramai yang sanggup untuk tonjol dan berkongsi ilmu mereka dengan masyarakat. berapa ramai siswa kita yang sering cakna isu semasa kini? paling tidak pun, berapa ramai yang berani bersuara dalam memberi idea.

            siswa harus sedar yang masyarakat kini amat dahagakan bantuan siswa itu sendiri. eh, mahasiswa itu ada ke tanggungjawab pada masyakat? satu persoalan yang bodoh kalau ia diutarakan oleh siswa itu sendiri. sedar atau tidak, siswa amaat diperlukan dalam pembangunan negara. siswa boleh menjadi perantaraan diantara masyarakat dan juga kerajaan. cuma berani tau tidak sahaja untuk bersuara. 

             adakah AUKU dijadikan alasan bahawa siswa takut beridea bernas. maka sebab itu muncul siswa hipokrit tanpa melihat dunia luar. apa jua sebab halangan yang dijadikan alasan untuk menghalang siswa dari memberi idea adalah alasan yang tidak munasabah. ingat wahai siswa sekalian, jalan bukan satu sahaja, banyak lg saluran yang lain boleh digunakan untuk memberi idea..jangan pandai bagi alasan, dengan alasan itu maka kita sedang tunding jari pada kita....yang perlu kita cari adalah JALAN yang bleh kita bantu masyarakat dan agama. tidak perlu bacul, sebab bacul itu kegagalan.

                 so? layakkah kita dipanggil MAHAsiswa? andai kita masih BACUL ....fikir dan jawab sendiri...







No comments:

Post a Comment