meRINDU kasih ILAHI

meRINDU kasih ILAHI

Friday, 24 December 2010

eh....murahnya HARGA DARA

     Malu rasanya nak berbicara tentang DARA dek kerana ku bukan dara. Tapi menongkah arus ingin berbicara dari sudut yang memalukan kerna benar. DARA adalah milik seseorang wanita yang masih suci walau dalam debu, tapi andai menangkis kotoran kerna iman teguh di hati, maka DARA akan selamat. Mudah sahaja kan nak fahami rentak hidup ini. Tapi manusia yang menyukar dan memayahkan hidup dek mengejar yang seronok. Alpa dek seronok dunia kerana AKHIRAT di fikir masih jauh.
     Mahu bukti untuk pernyataan ini? Lihat sahaja sekeliling anda tika dan waktu ini. Berapa yang ada DARAKUMBANG perosak. Mudah gugur sayang dek terdengar pujuk rayu si durjana. Ceh! bukti sayang yang tahap dewa konon. Semua harga diri hilang, semua jadi diskaun termurah. Mungkin bukan murah, bahkan percuma. Bukan perli tapi cuba mengerti. pada tika ini gagal mengawal godaan si

     Bermula jualan pada sentuhan sahaja, bukan jauh pun sentuhan hanya pada tangan. Itu hanya step yang pertama. Langkah kedua makin berani bila mula berpeluk dan akan menjadi semakin rancak lagi hingga tahap yang dalam boleh diintai. Malu kan nak menyebut, tapi ini bukan auta tapi FAKTA. Alahai si dara, mudahnya lentur iman dek pujukan itu.
     Memang betul bila bercinta perlu bukti, tapi ini bukan cara pembuktian. ini cara pembuktian yang benar:-
  • sering ingatkan kekasih tentang syariah Islam
  • saling membantu dalam memberi motivasi dalam kejayaan
  • saling memberi nasihat yang baik.
    Wahai si DARA, usah gadai maruah anda dek sekeping janji. Nanti buruk padahnya. INGAT BAHAWA MEREKA ITU BELUM TENTU LAGI AKAN ANDA MILIKI. Seronok yang dikecapi hanya tika sahaja, bala mungkin selamanya.

dhuancute... 

No comments:

Post a Comment