meRINDU kasih ILAHI

meRINDU kasih ILAHI

Saturday, 25 December 2010

Cheryl Cole - Parachute

bapak best lagu ni...huhu...seni kata pun leh tahan jgak hihihi......
tgok2 sendiri le ek..

 tp lirik jela..haha

Friday, 24 December 2010

eh....murahnya HARGA DARA

     Malu rasanya nak berbicara tentang DARA dek kerana ku bukan dara. Tapi menongkah arus ingin berbicara dari sudut yang memalukan kerna benar. DARA adalah milik seseorang wanita yang masih suci walau dalam debu, tapi andai menangkis kotoran kerna iman teguh di hati, maka DARA akan selamat. Mudah sahaja kan nak fahami rentak hidup ini. Tapi manusia yang menyukar dan memayahkan hidup dek mengejar yang seronok. Alpa dek seronok dunia kerana AKHIRAT di fikir masih jauh.
     Mahu bukti untuk pernyataan ini? Lihat sahaja sekeliling anda tika dan waktu ini. Berapa yang ada DARAKUMBANG perosak. Mudah gugur sayang dek terdengar pujuk rayu si durjana. Ceh! bukti sayang yang tahap dewa konon. Semua harga diri hilang, semua jadi diskaun termurah. Mungkin bukan murah, bahkan percuma. Bukan perli tapi cuba mengerti. pada tika ini gagal mengawal godaan si

Wednesday, 15 December 2010

SECEBIS BERSAMA SEZAMAN TERASA.....

   Udah lama jari ingin meniup kata, memberi ruangan menceritakan luahan jiwa. Jemari menari leka menaip susunan kata untuk luahan jiwa yang gelora jiwa ini.Kisah manusia pasti bermula dengan pertemuan dan semestinya berakhir dengan perpisahan. Pertemuan merupakan satu kemestian yang perlu dikorban pada akhirnya denga perpisahan hidup kita. Jangan kita alpa, manusia memang perancang yang baik namun kita bukan penentu yang sempurna, kerana TUHAN itu adalah MAHA PENENTU yang baik.

   Bukan omongan jiwang hati, bila kita SUKA....kita akan cube KENALI...bile kita kenali kita akan cuba SAYANGI...bila kita sayangi kita akan cuba TIDAK LUPAI...dan semestinya kita sering akan ingat. Kenapa semua ini berlaku? kerna ini hukum karma dunia. Bila sayang seseorang, bukan mudah nak padam dari ingatan kita. Walhal pujuk lah hati untuk membenci orang yang kita sayang, namun tetap ada secebis sayang jua.

Friday, 3 December 2010

coretanku Ky: protOn & 5 sahabat pahlawan

coretanku Ky: protOn & 5 sahabat pahlawan: "salam~kali ni aku berbangge dgn perkmbangan tanpa susut2 proton utk memajukan lagi kampeni dye nih..terpanas, protOn akan melancarkan kereta..."

SOCIETY WANTS PENANG RETURNED TO KEDAH

ALOR SETAR, Dec 1 (Bernama) -- The Kedah branch of the Malaysian Historical Society today asked the relevant authorities to return Penang to Kedah, saying that Penang had belonged to Kedah prior to the agreement with the British administrators in 1786.
Its chairman, Datuk Wan Shamsudin Mohd Yusof, said the objective of the association was for Penang to be returned to the Sultan of Kedah and that Kedah no longer seek any increase in the royalty payment which was now an annual RM10,000.
"After the independence of Malaya in 1957, Penang should have been returned to Kedah like how Dindings and Pangkor were returned to Perak.
"The Sultan of Kedah has rights over Penang, and the annual royalty payment is proof that Penang belongs to Kedah," he told a news conference here.
Wan Shamsudin said the agreement with the British in 1786 was reached due to economic and defence needs as Kedah was then threatened by Siam.
-- BERNAMA


so pe macam skg ni? 
korang setuju x...hahaha.....
penang belong to KEDAH

malaysia.news.yahoo.com/bnm/20101201

 

KISAH KEJADIAN NABI ADAM


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun
ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk
mencipta Adam. Akan
tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya
diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan
kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa
apabila mendengar mendengar sumpah
bumi.
Setelah itu,Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu
Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.

Thursday, 2 December 2010

12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT ( JANGAN SOMBONG UNTUK BACA DAN JANGAN KEDEKUT UNTUK BERKONGSI )


here i wanna share this note.. this note I got from note at facebook..
so, read and share it..


Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :
"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".
Firman Allah 'Aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 Ku(yg menunjukkan kekuasaanKu),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah S.W.T.
"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."
Rasulullah S.A.W. bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking
"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut
"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar
"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Mereka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina.
Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda Rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.
Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.
Datang suara dari sisi Allah S.W.T. yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.
Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.
Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"


BACALAH YASSIN

RASULULLAH S.A.W. telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
11. Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah S.A.W lagi, "Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: "Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama yang lain.

Untuk renungan semua,

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Wednesday, 1 December 2010

Secebis Bersama Berzaman Merasa

                                                          bersama nasrul ketika di PWTC

                                                         ketika melalui red carpet di PWTC

                                                  bebudak lelaki masa program BTN



                                                kenangan bersama keluarga angkat di Besut

Monday, 29 November 2010

8 pembohongan ibu pada anaknya........

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku, ibu saya memang seorang pembohong!
Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya.
Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan dan panduan anda semua.
Ambillah iktibar daripadanya dan hayatilah sebaiknya kerana itulah ibuku!

01.PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

02.PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

03.PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

04.PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

05.PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

06.PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

07.PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

08.PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

pernahkah KITA BERBOHONG DEMI KESENANGAN DIRI IBU...

Wednesday, 17 November 2010

Hukum Membela Haiwan Dalam Sangkar


Apakah hukum memelihara binatang peliharaan seperti hamster, tikus, arnab dan sebagainya di dalam sangkar seperti yang dijual di kedai-kedai binatang peliharaan.

jawapan:
Harus hukumnya memelihara binatang peliharaan seperti burung dan seumpamanya di dalam sangkar untuk melihat kecantikan atau mendengar kemerduan suaranya dengan syarat binatang tersebut diberi makan dan minum dan tidak dizalimi.
Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim ada riwayat tentang saudara Anas bin Malik yang digelar Abu Umair (أبو عمير) ada memelihara burung yang bernama al-Nughair (النُّغَيْرُ – seekor burung kecil). Suatu hari burung itu mati, lalu Abu Umair (masih budak) sedih dengan kematian burung kesayangannya itu. Lalu Nabi saw bergurau dengannya sambil bertanya: “Wahai Abu Umair, apa yang terjadi kepada al-Nughair.?”
Al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini di dalam Fath al-Bari berkata:
“Hadith ini telah dijadikan dalil atas keharusan mengurung burung (memeliharanya di dalam sangkar), kerana Nabi saw tidak mengingkari perbuatan Abu Umair.”
Al-Syeikh Abdul Azizi Abdullah bin Baz pernah ditanya dengan soalan ini:
“Apakah hukum orang yang menghimpunkan burung di dalam sangkar agar anak-anaknya bergembira/berhibur dengan burung-burung tersebut?”
Jawapan beliau: “Tidak mengapa perkara itu, jika disediakan kepada burung-burung tersebut keperluannya seperti makanan dan minuman, kerana asal dalam perkara ini adalah halal, dan tidak ada dalil yang menyatakan sebaliknya setakat pengetahuan kami.” (Fatawa Ulama’ al-Bilad al-Haram, m.s. 1793)

Tuesday, 5 October 2010

MAHASISWA BACUL..

salam perpaduan........
           mahasiswa bukan lah satu gelaran yang diberikan untuk semua penuntut IPTA untuk  berlagak dan menabik dada untuk tunjuk kehebatan mereka. sedar atau tidak ia adalah satu gelaran yaang diberikan supaya penuntut ini berperanan dalam bermasyarakat. kalau diperhatikan  frasa MAHASISWA dengan teliti, kita mungkin akan tersedar suku kata MAHA, yang mengambarkan hebat, besar, tinggi. ini mengambarkan seolah olah siswa ini mempunyai satu kelbihan yang tertinggi. mungkin juga ia akan mengambarkan betapa ilmu yang kita mungkin dapat dr pengajian itu mungkin hebat mengalahkan orang lain.

            tapi, persoalan yang perlu diutarakan di sini ialah, benarkah siwa itu berperanan seperti gelaran yang diberikan itu. mampukah segala ilmu itu ditonjolkan dan digunakan ketika berhujah. mampukah ilmu yang digalas oleh siswa ini dikongsi bersama sama dengan masyarakat lain. adakah ilmu sisswa ini sekadar cukup untuk sijil sahaja? ini persoalan untuk siswa yang ingin dipanggil MAHASISWA.............

            layakkah mereka ini untuk digelar MAHA itu? sedar atau tidak sedar...peranan yang perlu dimainkan oleh sisswa amat penting. Pembangunan negara, perlu digalas oleh siswa yang berani, namun berapa ramai yang sanggup untuk tonjol dan berkongsi ilmu mereka dengan masyarakat. berapa ramai siswa kita yang sering cakna isu semasa kini? paling tidak pun, berapa ramai yang berani bersuara dalam memberi idea.

            siswa harus sedar yang masyarakat kini amat dahagakan bantuan siswa itu sendiri. eh, mahasiswa itu ada ke tanggungjawab pada masyakat? satu persoalan yang bodoh kalau ia diutarakan oleh siswa itu sendiri. sedar atau tidak, siswa amaat diperlukan dalam pembangunan negara. siswa boleh menjadi perantaraan diantara masyarakat dan juga kerajaan. cuma berani tau tidak sahaja untuk bersuara. 

             adakah AUKU dijadikan alasan bahawa siswa takut beridea bernas. maka sebab itu muncul siswa hipokrit tanpa melihat dunia luar. apa jua sebab halangan yang dijadikan alasan untuk menghalang siswa dari memberi idea adalah alasan yang tidak munasabah. ingat wahai siswa sekalian, jalan bukan satu sahaja, banyak lg saluran yang lain boleh digunakan untuk memberi idea..jangan pandai bagi alasan, dengan alasan itu maka kita sedang tunding jari pada kita....yang perlu kita cari adalah JALAN yang bleh kita bantu masyarakat dan agama. tidak perlu bacul, sebab bacul itu kegagalan.

                 so? layakkah kita dipanggil MAHAsiswa? andai kita masih BACUL ....fikir dan jawab sendiri...







Friday, 1 October 2010

aku xkan seperti dulu....................

ello pembaca sekalian....
eh, ad ke yang nak baca aku punya kisah ni...........haha

tetibe leh baik semula ngan budak tu...tp
xpe r....mcm da terjadi, mmg kelakar r nak memikir bda tu..haha
kadang2 aku gelak sendiri bila pikir bda yang terjadi dulu...kelakar tahap dewa yang tertinggi....( ad ke dewa ek ??)

da le gaduh smpai berperang besar gile..
tp kan...sayang aku kat DYE tu ad lg...bahkan x pernah surut pun...hmmm
masalah sebenarnya tu...padahal mulut tiap2 ari bercerita benci dye...tp sebenarnya x pun bertambah benci....makin syang ad r... kelakarkan

itu r nikmat kasih sayang...
kasih sayang ni...tuan2 sekalian..............klu da kita bagi kat orang....susah nak tarik balik...

so...hati hati le klu bg kasih sayng kat org...

klu korang le kan....ada budak nk berbaik semula, sedangkan dye da bermasalah ngan kita sebelum ni, bahkan sangat rapat ngan kita sebelum gaduh, cm ne ek? nak terima x...funink kan....lg2 kita pernah meyanyangi dye....eh dye baca x luahan aku ni ek...hmm..lantak r...

aku telah wat keputusan...aku boleh nak berbaik ngan DYE tp XKAN SEPERTI DULU..............


yang benar...
AKU

Sunday, 12 September 2010

BAJU BARU DI HARI RAYA

Baju baru merupakan satu keperluan untuk menyambut perayaan Aidil fitri.. sangat low kelas r klu org tu beraya tnpa baju baru..betul x..?

bila menjelang hari raya, maka akan berlegar manusia yg berpakaian baju baru, beraneka warna n pelbagai fesyen. semuanya kelihatan cantik dan menawan pada zahir nya...betul x...? 

ramai yang sanggup menghabiskan duit untuk mendapatkan pakaian yang cntik dan menawan bg mereka...untuk apa semua ni.? bergayakah ? menunjukkah? atau nak saje saje kah?

mesti ad punya sebabnya..betul atau tidak? tepuk le dada n tanya iman pd diri...pasti akan jmpe jwapan nya..

bg pendapat saya r...mmg ramai yang berpakaian yg cntik..tp sedar x yang ramai cntik itu sebenarnya sedang berbogel. betul x....?  baju mahal, tp x tutup aurat...menunjuk betis yg agak buruk itu..huhu..

baju saje mahal...tp x cukup nak tutp aurat..............

bile kita beraya bukan beerti kita berbogel dengan pakaian kita....
HEI..jangan cemari raya kita...tolong r...ok

Friday, 10 September 2010

kenal x?

apa khabar semua?...salam perkenalan buat siapa yang ingin mengenali diri ini...ini adalah blog aku yang entah ke berapa dah...da bnyak jgak blog tp bnyak jgak yg melalut huhuhu...mgkin blog kali ni aku da x melalut kot..so aku nk bg tau korg bhwsanya blog ini akan lebih berkisar pada luahan ati n idea...idea u all pun i will accept kot..haha

ok ...untuk pengetahuan korg k..my name is DHUAN
pe2 pun...salam perkenalan jela buat u all...huhu